Jumaat, 1 Februari 2013

Kisah Seekor Bani



Ini seekor bani. Walaupun bentuk dan rupa seakan kura-kura,tetapi ianya berbeza. Saya terjumpa bani ini ketika saya mandi bersama abi dan adik saya di sungai. Abi saya mengambilnya dan meletakkannya di atas tanah . Ummi saya sempat mengambil gambar bani ini, namun ia berjaya melarikan diri ke dalam sungai sebelum saya sempat membawanya ke rumah.

Banjir di Setiu


Pada bulan Disember yang lalu,Setiu telah dilanda banjir besar. Rumah dalam gambar ini ialah rumah anak murid ummi saya. Gambar ini diambil semasa saya hendak pulang ke Kuala Terengganu.

Banyak jalan di Setiu telah ditutup.Penduduk yang rumahnya  dinaiki air telah berpindah ke pusat pemindahan banjir.