PLANET-PLANET DALAM SISTEM SURIA
MARI KITA TINJAU PULA PLANET-PLANET DALAM SISTEM SURIA....
Menurut takrifan rasmi, terdapat lapan planet dalam sistem suria iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.
UTARID
Merupakan
planet yang paling hampir dengan Matahari kira-kira 57.9 juta km. Ia
juga merupakan planet yang terkecil dalam sistem suria. Diameternya
adalah 40% lebih kecil daripada Bumi dan 40% lebih besar daripada Bulan. Permukaan di Utarid adalah lebih kurang sama
dengan permukaan Bulan contohnya kawah-kawah asteroid dan tebing yang puluhan
kilometer tinggi.
Di permukaan
Utarid, matahari
kelihatan dua setengah kali ganda lebih daripada saiznya di Bumi. Namun,
disebabkan ketiadaan atmosfera, cahaya tidak dapat diserakkan. Akibatnya, langit kelihatan
gelap seperti di angkasa lepas. Di permukaan Utarid juga, Zuhrah dan Bumi kelihatan seperti
bintang yang sangat cerah.
ZUHRAH
Zuhrah
atau Kejora (Venus) merupakan planet kedua terdekat dengan matahari.
Saiz, jisim, isipadu dan ketumpatannya adalah hampir sama dengan Bumi.
Zuhrah tidak mempunyai lautan tetapi mempunyai atmosfera yang
mengandungi peratus gas karbon dioksida yang tinggi, tidak mempunyai wap
air tetapi mempunyai titisan asid sulfurik. Dikenali sebagai "rumah
hijau" kerana mempunyai gas karbon dioksida yang tinggi di dalam
atmosfera.
Cahaya matahari akan memanaskan
permukaan planet tersebut, namun disebabkan atmosferanya tumpat, tenaga haba
tidak dapat dipancarkan semula ke angkasa lepas. Akibatnya suhu permukaan
Zuhrah mencapai 480 C dan lebih panas daripada suhu permukaan Utarid. Satu hari
di Zuhrah adalah lebih panjang daripada satu tahun. Zuhrah melengkapkan putaran
di paksinya dalam masa 245 hari Bumi, dan mengelilingi orbitnya dalam masa 225
hari Bumi. Zuhrah juga berputar daripada timur ke barat, berbeza dengan bumi,
iaitu dari barat ke timur. Ini bermakna di Zuhrah, matahari akan terbit daripada
barat.
BUMI
BUMI merupakan planet ketiga
daripada matahari. Rumah kepada jutaan spesies, termasuklah manusia, bumi
juga merupakan satu-satunya tempat di dalam semesta di mana kehidupan
diketahui wujud. Pembuktian saintifik menunjukkan
bahawa planet ini telah terbentuk kira-kira 4.54 billion tahun yang lalu, dan
kehidupan muncul di permukaannya di dalam tempoh satu bilion tahun. Bumi
dijangkakan telah berusia selama 4,600 juta tahun. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah
149.6 juta kilometer.
Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang
dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria,
sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini
menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap
angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera,
Stratosfera,
Mesosfera,
Termosfera,
dan Eksosfera.
MARIKH
Marikh
merupakan planet ke 4 dari matahari dalam sistem suria dan dinamakan
sempena warna kemerahannya di langit pada waktu malam. Ia mempunyai 2
bulan iaitu Phobos dan deimos. setiap satu bulan tersebut menyerupai
asteroid. Planet ini mempunyai kutub yang mengandungi air beku dan
karbon dioksida.
MUSYTARI
Musytari
merupakan planet kelima dan terbesar di dalam Sistem Suria. Terdapat
lingkaran Asteroid kebanyakannya mengelilingi Matahari antara planet
Marikh dan Musytari.
ZUHAL
Zuhal merupakan planet yang keenam
dari Matahari
dan planet kedua
terbesar di dalam Sistem Suria, selepas
Musytari.
Zuhal, bersama-sama dengan Musytari Uranus dan Neptun, diklasifikasikan
sebagai sebuah planet gergasi bergas. Zuhal mempunyai satu sistem gelang
atau cincin yang utama terdiri kebanyakkannya dari air batu dengan
sejumlah kecil serpihan batuan dan debu. Terdapat 60 bulan mengorbit
planet ini.
URANUS
Uranus merupakan planet ketujuh
daripada matahari.
Ia merupakan planet ketiga terbesar dari segi jejarinya dan planet keempat terbesar
dari segi jisimnya di Sistem Suria. Komposisi planet Uranus adalah sama
dengan Neptun
dan kedua-duanya mempunyai komposisi kimia yang berbeza daripada gergasi gas
yang lebih besar seperti Musytari dan Zuhal. Atmosferanya mengandungi struktur
awan yang berlapis
dan kompleks dengan air sebagai kandungan awan yang paling rendah dan metana
pula pula berada di awan yang paling atas. Sebaliknya, kawasan dalaman Uranus
kebanyakkannya terdiri daripada ais dan batu.
NEPTUN
Neptun merupakan planet yang terakhir dan paling jauh dari Matahari dalam Sistem Suria.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan