Kajian
Sains selalu memberikan misteri buat kita semua. Masih banyak
fakta-fakta menarik yang tersembunyi yang terkadang di luar dugaan kita.
Manusia sebagai makhluk yang selalu ingin tahu telah membuka banyak pintu dan masih akan terus mengungkap kebenaran.
Inilah 16 dari berjuta-juta fakta sains mengagumkan lain yang mungkin korang semua belum tahu.
1. Kuku tangan tumbuh empat kali lebih cepat dari kuku kaki.
2. Pengguna tangan kanan rata rata hidup sembilan tahun lebih lama dari orang kidal.(hoh betul ke ni)?
3. Kalau korang menggosokkan bawang
ke kaki, sekitar 30 – 60 minit, korang akan dapat merasakannya. Ini
kerana bawang tersebut mengalir melalui aliran darah.
4. Korang tidak akan boleh bunuh
diri dengan menahan nafas (kalau korang melakukannya sampai tak sedarkan
diri,korang akan mulai bernafas normal secepatnya).
5. Di satu inci persegi kulit manusia terdapat 20 juta makhluk mikroskopik.
6. Armadilo
adalah satu-satunya makhluk hidup bukan manusia yang boleh menderita
kusta. Ada juga kes penularan penyakit ini dari armadilo ke manusia.
7. Seekor siput boleh tidur 3 – 4 tahun selama masa dia tidak memerlukan makanan.
8. Zirafah boleh hidup lebih lama tanpa air daripada unta.
9. Nyanyian paus bungkok akan
berubah secara dramatis dari tahun ke tahun, tetapi setiap paus di
seluruh samudera selalu menyanyikan lagu yang sama dengan yang lainnya.
10. Gaya yang diperlukan untuk
mengangkat kedua dua kaki dari pasir apung dengan kecepatan satu
sentimeter per minit sama dengan gaya yang diperlukan untuk mengangkat
kereta berukuran sederhana.
11. Untuk menguji keaslian mutiara,
korang boleh menggosokkan cuka ke permukaanya. Komposisi dari mutiara
akan membuatnya menggelembung dengan cepat.
12. Ikan mash yang diletak di tempat
gelap akan berubah menjadi putih. Dan kalau bukan kerana pengaruh
makanan, mereka akan berubah menjadi putih seluruhnya.
13. Tidak seperti lebah lainnya, penyengat ratu lebah tidak berduri dan boleh digunakan berkali-kali tanpa melukainya.
14. Pasir apung tidak dengan cepat
membunuh manusia kerana biasanya tidak terlalu dalam. Faktanya, sangat
sulit membebaskan diri dari pasir apung dan inilah yang menyebabkan
kematian.
15 Tiram boleh berubah antara jantan dan betina.
16) Lelaki 30% lebih kuat dari
wanita dalam rata-rata, terutama tubuh bahagian atas, dan otak lelaki
lebih berat dari otak wanita